UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Badminton Indonesia Masters: Pearly-Thinaah hampir tenggelamkan gema Istora Senayan

Beraksi di depan ribuan penyokong tuan rumah nyata bukan mudah buat pasangan negara, Pearly-Thinaah.

Astro Arena
Sat Jun 11 2022
Badminton Indonesia Masters: Pearly-Thinaah hampir tenggelamkan gema Istora Senayan
Pearly-Thinaah akur tewas kepada beregu tuan rumah Apriyani-Siti Fadia pada peringkat separuh akhir kejohanan Indonesia Masters sebentar tadi. - Foto BERNAMA
SEMANGAT melawan sahaja belum cukup untuk Pearly Tan-M Thinaah mengenepikan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia, sebentar tadi.

Apa pun, beregu wanita negara itu hampir menenggelamkan sorakan gemuruh di Istora Senayan, Jakarta, apabila memberi tentangan sengit sebelum terpaksa akur dengan aksi tiga set.
 
Set awal terlebih dahulu menjadi milik Pearly-Thinaah apabila mengekori rapat dengan aksi rancak yang menyaksikan 60 pukulan terbabit untuk mengikat mata 9-9.
 
Selepas empat mata akhir, Pearly-Thinaah mengesahkan set pertama dengan 23-21.

Bagaimanapun, mereka bergelut untuk momentum itu apabila kerap terperangkap dengan kegopohan sendiri selain diasak untuk beregu Indonesia -- yang baru dibentuk berkenaan -- menang 21-14, sekali gus melanjutkan permainan ke set penentuan.
 
Beregu tuan rumah itu makin selesa untuk melebarkan kelebihan 8-3 dalam set ketiga dan dalam masa sama Pearly perlu mendapatkan rawatan berikutan kecederaan jari tangannya.
 
Walaupun berhasil menyusun semula permainan dengan merapati kedudukan 10-12, wakil tunggal negara di peringkat itu kembali menyambung perjuangan dengan langkah sumbang sebaik bertukar gelanggang apabila ketinggalan 10-17 sebelum lawan mengesahkan kemaraan ke final dengan kejayaan 21-14.

*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
#Indonesia Masters#badminton#beregu wanita#Pearly Thinaah
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel

Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel

Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R

Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R

Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai

JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India

17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India

Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa

Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa

Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak

Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak

Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok

RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok

Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera

TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera

Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air

Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air

Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta

Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta

Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir

Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.
Badminton Indonesia Masters: Pearly-Thinaah hampir tenggelamkan gema Istora Senayan

Badminton Indonesia Masters: Pearly-Thinaah hampir tenggelamkan gema Istora Senayan

Beraksi di depan ribuan penyokong tuan rumah nyata bukan mudah buat pasangan negara, Pearly-Thinaah.
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik langkah ke pusingan kedua

Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik langkah ke pusingan kedua

Pasangan nombor enam dunia itu mengambil masa 36 minit untuk mengalahkan lawan mereka.
Masters Indonesia: Lee Zii Jia mudah ke pusingan kedua

Masters Indonesia: Lee Zii Jia mudah ke pusingan kedua

Lee Zii Jia hanya memerlukan 38 minit unruk mencatatkan kemenangan 21-16, 21-12.
Aaron-Wooi Yik akhiri cabaran Indonesia Masters dengan kekecewaan

Aaron-Wooi Yik akhiri cabaran Indonesia Masters dengan kekecewaan

Dalam kedudukan terkini, Aaron-Wooi Yik berada di tempat ke-14 dengan mengumpul 17,400 mata, namun kedudukan itu dijangka berubah.
'Zii Jia perlu dapatkan rehat secukupnya'

'Zii Jia perlu dapatkan rehat secukupnya'

Berdasarkan situasi terkini, kedudukan Zii Jia dilihat sudah cukup selamat baginya untuk menyertai Kejuaraan Dunia.
Zii Jia belum pasti sertai Indonesia Masters

Zii Jia belum pasti sertai Indonesia Masters

Kelibat jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia pada kejohanan badminton Indonesia Masters masih menjadi tanda tanya.